Sila tonton rakaman Jalan Jalan Cari Makan di Melaka Kitchen.
"Siapakah nama dia?," soal saya.
"Tuah," jawab ibunya.
Wow! Tuah di Melaka Kitchen, bisik hati saya.
"Dia memang suka diambil gambar dan sentiasa kelihatan ceria," tambah ibunya, Shafiza Shamsuddin.
Sayangnya, Tuah Daniyal Muhammad Ghazali, berusia kira-kira 18 bulan hanya memiliki 4 batang gigi.
"Dua di atas dan dua di bawah. Dia makan nasi kosong dengan sayur sahaja," celah Shafiza sedang mengandung anak kedua.
Jika Tuah sudah dewasa pastinya dia berpeluang mengecapi keenakan pelbagai juadah disajikan oleh Restoran Melaka Kitchen terletak di :
32G, Jalan Medan, PB 3A, Seksyen 9, Bandar Baru, Bangi, Selangor.
"Bukan mudah, Tuah secara kebetulan dibawa dek ibu ayahnya ke Melaka (Kitchen), bak sireh pulang ke gagang," kata saya kepada Haji Mat Desa Mat Jan, 55 tahun.
Setelah lebih 3 bulan beroperasi, kini Melaka Kitchen semakin dikunjungi oleh ramai pelanggan pelbagai usia dan bangsa.
Hajjah Husaini Mat Desa atau lebih mesra dipanggil 'ibu' sememangnya pakar memasak asam pedas menjadi kegemaran ramai.
Tidak hairan jika kuah asam pedas lazimnya dihirup kering.
"Ibu memasak untuk pelanggan sama seperti masak di rumah untuk keluarga," ujar wanita peramah, kelahiran Melaka Bandaraya Bersejarah itu.
Asam pedas kepala ikan merah ...
Asam pedas seafood ...
Menu terbaharu, satay ayam dan daging Melaka Kitchen ...
Kuah pekat diadun kacang secukup rasa, memikat selera ramai pelanggan.
Selain daripada juadah itu, Melaka Kitchen juga menawarkan pelbagai lagi jenis makanan lain sebagai ala carte.
Mi gulung ...
Daging tetel ...
Khusus untuk pengunjung kali pertama ke Melaka Kitchen, sewaktu memesan makanan, katakan ...
"Saya pembaca blog Mazidul Akmal"
Pelanggan akan diberikan harga diskaun 10% daripada jumlah keseluruhan bil sementara tawaran masih sah.
Selamat menjamu selera!


2 comments:
Great reviewed wit absolutely cute n funny little "tuah" though...
dua tiga kucing lari...
sudah rasa mau lagi
terima kasih En Mazidul for the post of Melaka Kitchen and Tuah Daniyal.
Muhammad Ghazali
Post a Comment