February 03, 2011

LAMBAIAN SUNGAI BIL

Bercerita mengenai destinasi pelancongan, tidak wajar andai saya tidak memperkenalkan kampung tempat kelahiran saya kepada semua pembaca.

Kampung Sungai Bill, Slim Village, Perak.

Air dingin mengalir jernih di sungai berbatu ini menjadi destinasi tumpuan pengunjung  berkelah dan bermandi-manda khususnya  pada hujung minggu.


Sungai bahagian tua, di hilir kelihatan lebih tenang dan pengunjung pastinya berasa selesa duduk berkelah bersama keluarga atau rakan di lindungi terik mentari dek pepohon rendang.


Dengan purata kelajuan 120 km/jam, Kampung Sungai Bill terletak kira-kira 1.30 jam perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, arah utara menuju Tanjung Malim.

Sebaik keluar dan membayar tol di Plaza Tol Tanjung Malim, pembaca hanya perlu memandu terus dan membelok ke kiri pada lampu isyarat pertama. Lebih kurang 2 kilometer, di sebelah kiri jalan tersergam Universiti Perguruan Sultan Idris dan sebaik terpandang kedai pau terkenal Yik Mun, belok ke kanan di lampu isyarat menuju ke Proton City.

Teruskan pemanduan kira-kira 17 kilometer dan pembaca akan terlihat papan tanda 'Kawasan Perkelahan Air Terjun Sungai Bill' di sebelah kanan.

Kampung Sungai Bill, analoginya bak Petronas Twin Tower di Kuala Lumpur, mudah dicari.

Di hulu sungai terdapat mini air terjun dan kawasan air mengalir dari kawasan bukit berhampiran.


Perhatikan pengacara program Wanita Hari Ini, Teh Syuhaida Sarip  bersama rakan wartawan lain menikmati keindahan dan kesejukan air mengalir deras di kawasan sama.


Beberapa wakaf untuk pengunjung berteduh, bilik air dan kawasan parkir  kenderaan  disediakan berhampiran jambatan besi. Pada hujung minggu, pembaca boleh membeli burger dan minuman ringan dijual di gerai penduduk kampung.


Tiada pusat membeli-belah di kampung ini, hanya 2 kedai runcit, premis diusahakan penduduk kampung untuk pembaca membeli barangan seperti minuman dan makanan ringan.

Surau kampung mudah dicari untuk pengunjung beragama Islam menunaikan solat. Jika tersesat, bertanyalah kepada penduduk kampung ramah, majoriti berketurunan Mandailing tinggal di kiri dan kanan jalan masuk ke Kampung Sungai Bill.

Pekan kecil terdekat, Slim Village, kira-kira 5 kilometer dari kampung ini.

Kehijauan asli hutan renek di kawasan perkelahan, InsyaAllah akan melambai semua pengunjung untuk ke sini berulang kali.


Jom Libur!

16 comments:

gadisBunga said...

saya penah pegi sg bill ni. 2 tahun lepas. insyaAllah akan ke sana lagi. :)

siti murni said...

belum sampai dah terasa sejuk nya...insyaallah..jika ada rezeki, satu hari nanti..

g0m0k9enDek said...

agak bengang juga lah bila 3 taun stgh duk kat upsi tapi x pegi sg bill kan??

azieazah said...

Wow..!!

tautkiambang said...

agak menarik..insyaAllah

relevan said...

Sejuk nyaman terasa..

gapisman said...

Kalau ada masa panjang boleh pergi white water rafting kat Post Tibang. Sebahagian dari sungai sana masuk ke Sg. Bil.

Dalam tinjauan saya di Slim River terdapat 52 buah air terjun. Saya dlm proses photo shoot dan kumpul data.

ibuintan said...

terasa dingin airnya

ANJUNGSENA said...

Fuhhhhh...kena pi ni..selalu jugak lalu tapi tak pernah singgah...kali ni tak boleh tolak lagi

Eri-chan said...

saya tak suka pergi sungai sangat. tapi dengan keadaan sungai ni, saya macam nak pergi..

Aya Yus said...

Nyamannya suasana.. nampak cam lebih menarik dari Sekayu di Hulu Terengganu.. :)

ima said...

best..cuma tiada tandas awam yang bersih.

Anonymous said...

Aza & Suami pernah sampai sana waktu mengandung anak pertama. Bila la agaknya kawan aza yg ada kampung di sana nak ajak lagi ek:)

nadiah halim said...

Salam..ada chalet x kat dlm kawasan air terjun sg bil ni..

saerah chek said...

kelihatan tenang, sejuk dan nyaman sekali..terasa ingin berkunjung ke sg bill.

Anonymous said...

asal dari sana....air nye mmg sejuk dari dulu sampai sekarang...:)